alfatihah buat saudara ubaida yg syahid dipalestine..post ini diambil dr salah seorang bloggers uia..
"Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.
Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”
Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
Gambar As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala.Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen."
Friday, September 18, 2009
pelajar uia syahid dipalestine..
Posted by nurasyiqinabas at 10:56 AM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
bintang dihati ini..
p/s: pic ni je yg ade..sbb gune ayah punye laptop..hehe
Posted by nurasyiqinabas at 5:50 PM 1 comments
Thursday, June 18, 2009
award dr awatif yg comel..hehe
1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 10 blogger whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the 'recipients' name here, along with their links.
- encik phat
- syafiq
- munir
- encik berg
- nad xoxo
- fafad
- miz mie sigadis motor..hehe
- semua yg singgah ke blog ini..
-first time dapat award ni..thanks atip ku yg comel..semoga baby yg kuar nnt mcm muke auntie syiqin ye..hehehe..kem salam ezmir..semoga bahagia dok kat mesir tuh..blk malaysia jgn lupe bgtau tau..nk jumpe..hehe
aku yg sentiasa tersenyum~~
Posted by nurasyiqinabas at 2:19 PM 4 comments
Tuesday, June 16, 2009
terhenti seketika..
hye dear...
Posted by nurasyiqinabas at 9:50 PM 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
manusia bertanya QURAN menjawab...
(Surah Al-Imran : 139)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari semua orang-orang mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah At-Taubah : 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"...dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 12)
Posted by nurasyiqinabas at 5:50 PM 2 comments
Friday, June 5, 2009
permata hati abas dan rahimah (part 2)
ABDUL RAHIM B. ABAS

ABDUL RAOUF BIN ABAS
Posted by nurasyiqinabas at 5:34 PM 4 comments
permata hati abas dan rahimah (part 1)
hye dear..
hmm..mesti semua tertanye2 siapa sebenarnya abas dan rahimah seperti yang tertulis pada tajuk diatas..apa yg hebat nya tentang mereka??emm..yup..mereka sangat hebat pada mata anak2 mereka..orang yg menjaga kami adik beradik..baru aku sedar yg tiada satu pun cerita tentang keluarga dalm berpuluh entri yg aku tulis..maafkan anak dan adik mu ini wahai keluarga ku...emm..jom kita tengok satu persatu tentang mereka..
MEJAR (B) ABAS BIN HASAN (A.M.N)

NUR AMELIA BT ABAS
Posted by nurasyiqinabas at 2:54 PM 0 comments
Thursday, June 4, 2009
dont judge a book by its cover..hehe..
Posted by nurasyiqinabas at 1:10 PM 4 comments
doa seorang pelajar..hahahaa
esok class sciences of hadith..mintak2 xkene present kat depan..aminn~~ xbuat preparation langsung..fuh..fuh!!
Posted by nurasyiqinabas at 12:33 AM 0 comments
Tuesday, June 2, 2009
doctor uia yg sgt...??
Posted by nurasyiqinabas at 3:05 PM 8 comments
Friday, May 29, 2009
jom pulang ke kampung~~
emm..mlm ni sepatutnya aku perlu menghadiri meeting mrc yg diadakan di mahallah aku tetapi kerana kemalasan yg melanda diri ini ditambah pula aku harus memandu malam2 seperti ini..aku lupakan sahaja meeting tersebut..maaf ye semua terutama kepada k.wani,k.fairuz,nadia n semua la..next week sy hantar proposal baktisiswa dan grand iftar..oh ya!berckp mengenai grand iftar..mahallah aku akan mengadakan grand iftar with merdeka celebration pd 3september akan datang..proposal nya sudah aku siapkan cuma nk mengemaskini kan apa yg patut..dan celebration ini dengan kerjasama mahallah uthman,mahallah ali dan mahallah halimah..insyaAllah..semoga program ini berjaya dan mendapat sambutan dari orang ramai..sebelum menjalankan program ini..kami akan ke perak utk membuat follow up motivational camp yg diadakan pd bulan lepas..kami akan berjumpa dengan pelajar2 dr sekolah yg sama dan juga fasi2 dan committee2 yg sama..insyaAllah..
esok aku akan pulang ke kampung menemani ayah ke kebun nya..sudah lama aku tidak pergi melawat kebun yg sekarang ini dh semakin bertambah kambing2 kesayangan ayah ku yang kini telah mencecah 40 ekor kesemuanya..mungkin kelapa sawit sudah membesar..tebu yg sudah boleh dijual kepada orang, pisang yg tidak cukup2 utk dijualkan dan projek cacing yg semakin berkembang..dan insyaAllah selepas kekebun kami akan pulang ke kampung utk menjenguk opah aku di kg gajah perak..jom tgk gmbr2 kambing:
yg ni jiji..2nd generation..anak kepada yg 1st generation
yang ni name die remy..hehe
saya sayang kamu semua!!!
p/s: utk sesiapa yg akan pulang ke kampung halaman, berhati2 dijalan raya..semoga tiba di destinasi dengan selamatnya..insyaAllah..selamat bercuti~~
Posted by nurasyiqinabas at 8:24 AM 4 comments
Thursday, May 28, 2009
Wednesday, May 27, 2009
malang atau ....??
Posted by nurasyiqinabas at 8:28 PM 1 comments
Tuesday, May 26, 2009
open book test??
Posted by nurasyiqinabas at 7:20 PM 2 comments
Monday, May 25, 2009
cerita hari minggu~~
Jadi, beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti akan datang"
mak n ayah
along n abglang
abangah n kak ngah
satu2 nya adik: raouf

adam
assyuuraa'
aku yg sentiasa tersenyum~~
Posted by nurasyiqinabas at 3:23 PM 0 comments
Tuesday, May 19, 2009
kutemui bintang hati???

hye dear..
hampir satu hari aku di dalam library uia yg sangat sejuk utk menyiapkan assignment aku yg tertangguh sejak minggu lepas..sedang leka aku membuat kerja..handphone aku berbunyi menandakan ada sms yg masuk..aku terhenti seketika dan terus mmbaca sms dr adik najah.. "assalamualaikum akak...sihat ke?adik rindu sgt dkt akak..nape xreply msg adik smalam?" aku pn mmbalas meminta maaf atas kesibukan aku..seminit kemudian die mmbalas semula sms aku "adik nk tanya akak sesuatu boleh?kenape org kristian mengkaji alquran?" terkedu aku membace sms yg dikirimkan adik najah kepada ku..aku pun bukan hebat sangat bab2 agama ni..aku pun masih mencari dan masih belajar ilmu2 islam yang aku tertinggal jauh dr orang lain...aku pn membalas kiriman sms itu dgn menjawab soalan adik najah.."orang kristian ni die mengkaji al-Quran sebab mereka nk melemahkan orang islam, nk menjatuhkan islam kerana mereka tahu yg Al-Quran itu merangkumi semua aspek kehidupan seseorang dan alQuran adalah sgt lengkap sedangkan bible masih byk kekurangan dan sbb itu lah ada diantara kristian yang menambah isi kandungan Quran utk mengelirukan umat nabi Muhammad..wallahualam(thanks syafiq bg jwpn kepada soalan ini)" aku harap dgn jwpn yg aku berikan adik najah dapat gambaran sedikit tentang persoalan yg beliau ajukan pada aku..jwpn yg aku berikan tidak lah lengkap tetapi sebagai gambaran utk die berfikir lebih jauh..sesiapa yg rasa jwpn yg aku berikan tidak tepat atau pun ada penambahan sila berikan komen anda ye..sy pun ingin tahu jwpn yg lengkap..hehe
mlm td aku melelapkan mata hampir pukul 5 pg kerana menyiapkan slideshow yg perlu dibentangkan pd hari ini..alhamdulillah aku dan amalina berjaya menyiapkannya dan pembentangan kami berjalan dgn baik walaupun sedikit gugup dihadapan penonton..para penonton memberikan respon yg positif apabila kami bertanya kan soalan kepada mereka..berkat ketekunan dan kesabaran kami yg membuahkan hasil..terima kasih amalina kerana bermalam dibilik aku yg tidak seberape besarnya..ada satu kata yg aku terbaca dalam sebuah majalah "jangan lah berputus asa,tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,berjuang lah terus dalam keadaan putus asa,pasti anda berjaya"
walaupun tidur selepas pukul 5 pg dan aku sempat melelapkan hanya mata 1 jam sebelum bangkit utk solat subuh..aku sgt menghargai tidur itu kerana aku telah bermimpi satu mimpi yg membuat kan aku semangat utk melalui hari yg sgt penat ini terutamanya hari ini..aku telah bermimpi sebutir bintang yg menerangi cahaya hidupku pada hari ini..terima kasih ya Allah..setelah sekian lame aku ternanti2 kan mimpi tersebut dalam setiap tidur ku..akhir nya Kau makbulkan permintaan ku walaupun sebentar sahaja mimpi tersebut dan kau meneruskan hari2 ku dgn penuh bermakna walaupun agak keletihan..ini adalah sedikit renungan buat kita bersama..
aku yg sedang tersenyum~~
Posted by nurasyiqinabas at 6:31 PM 6 comments
Saturday, May 16, 2009
ibu dan guru??
Posted by nurasyiqinabas at 7:05 AM 2 comments
Friday, May 15, 2009
bintang hati???
hye dear..
emm..malam ini malam yg cukup gembira buat aku kerana kami sekeluarga berkumpul dirumah..rindu pada mereka kerana sudah lama tidak berkumpul sebegini..bergurau senda, bermain congkak dan sebagainya..sebelum terlupa..tahniah kepada abg ngah serta kak ipar kerana tidak lama lg aku bakal bergelar makcik..hehe..malam ini tiada apa yang menarik selain menonton tv bersama..berbual kosong..sebelum terlupa juga..happy belated birthday buat abg lang..sorry tahun ni tiada hadiah buat mu..hehe..
setiap jumaat adalah hari yang plg indah buat ku..kerana apa??kerana dapat merebahkan diri kekatil kesayanganku dgn bantal yang empuk ditemani bear2 yg ku sayang..bkn itu saje suasana bilik yg cukup aman..(hehe..aman ke?) dan juge bersebelahan dgn bilik abg lang yang sering mengusik ku dr bilik sebelah..aku akan turun ke bawah mengadu dgn ayah lantas ayah menjerit dr bwh..aman nape kacau adik ni??xde keje lain dh ke??..aku naik keatas smbil menjelir lidah kepadanya..tetapi yg geramnye makin menjadi2 usikannye..huh!nasib baik abang aku..kalau tidak sudah lama aku menyepak beliau..hehe..
mlm ini aku ingin tidur bermimpi kan sebutir bintang..aku harap sgt aku dpt lihat bintang yg paling terang antara bintang2 yang lain..semoga bintang tersebut terus bersinar menerangi kegelapan ku..aku tidak kisah jika bintang itu lebih tua atau lebih muda dr bintang kepunyaanku..insyaAllah..
"Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu."
Posted by nurasyiqinabas at 8:05 PM 1 comments
senyumlah supaya alam turut tersenyum...
Posted by nurasyiqinabas at 2:33 PM 0 comments
Thursday, May 14, 2009
ku harap cinta akan tiba dihati kita~~
entah mengapa hati ini asyik ingin mendengar lagu ini..adakah mungkin sbb hati ini dilamun cinta atau hati sedang berbunga2 kerana apa..hanya tuhan saje yg tahu..hmm..bukan senang utk memiliki ape yg kite mahukan dlm dunia ini..hidup xselalu nye indah dan kadang kala lebih teruk dr ape yg kite sangka kan..btol x??tp kite kene kuat menghadapi semua itu..anggap sebagai satu cabaran utk kite tempuh...cehh..cara aku berkata2 mengalahkan pemidato terhebat..tp itu lah yg aku sedang alami sekarang..cinta xsemestinye memiliki..entri aku kali ini berkenaan dgn cinta yg xmungkin aku dpt sampai bila2..aku xpernah rasa perasaan yg sungguh hebat seperti ini..perasaan dimana aku menginginkan sesuatu yg diluar kemampuan aku..entah la..susah aku ingin mengungkapkan nya disini..cukup la sekadar aku saje yg merasainya..hanya Allah saja yg tahu..aku sangat mengharapkan perasaan ini hanya la sekadar mainan hati yang sekarang ini hancur disebabkan oleh seorang hamba Allah yg tidak menghargai pengorbanan seseorang..hmm..mungkin ini salah aku juga..setiap manusia dilahirkan tidak sempurna tetapi kite boleh usaha utk menutup kelemahan kita..yang dh lepas biar lah lepas..fikirkan utk benda yg akan datang..sejak aku pulang dr kem motivasi..hidup tidak menentu..fikiran melayang entah ke mane..terbit rasa insaf pada diri sendiri..baru aku sedar byk lg kekurangan yang aku sebagai seorang wanita...terasa diri ini sgt tidak sempurna utk bergelar wanita solehah yg aku lihat ada pada diri orang lain..terasa diri begitu kerdil dikalangan mereka..benar lah kata2 dr ayat Al-Quran dalam surah annur ayat 26: "attoyyibat littoyyibin" yang bermaksud lelaki yang baik hanyalah utk perempuan yang baik. telah tercatat seungkap nama lelaki di loh mahfuz utk mu..cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..jika kau berada diatas jalan yang diredhaiNya, insyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama..lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta Hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..yakinlah dengan janji Allah senyumlah pada sinar yang menanti mu dihadapan..Allah amat sayang pada hamba2 nya yang bertaqwa.. wallahualam..
ku harap cinta akan tiba dihati kita~~
Posted by nurasyiqinabas at 10:14 PM 6 comments
Wednesday, May 13, 2009
Tuesday, May 12, 2009
look out point ampang...mishh u k.ida n k.haleemm..u r the best sister!!!
Posted by nurasyiqinabas at 4:59 PM 7 comments
nur asyiqin..kakak fasi yg sgt best!!haha..
Posted by nurasyiqinabas at 2:41 PM 0 comments