CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

jom pulang ke kampung~~

hye dear..

entah mengapa mlm ni sukar utk aku melelapkan mata..mungkin kah kerana esok tidak perlu bangun awal pagi utk ke kelas..emm..baru sebentar td aku menulis entri yg aku sangat gembira..tetapi mengapa sekarang aku tidak merasakannya??ahh..byk persoalan yg bermain di minda ku ketika ini..lupa kan segala persoalan tersebut..malas utk aku memikirkan nya..

emm..mlm ni sepatutnya aku perlu menghadiri meeting mrc yg diadakan di mahallah aku tetapi kerana kemalasan yg melanda diri ini ditambah pula aku harus memandu malam2 seperti ini..aku lupakan sahaja meeting tersebut..maaf ye semua terutama kepada k.wani,k.fairuz,nadia n semua la..next week sy hantar proposal baktisiswa dan grand iftar..oh ya!berckp mengenai grand iftar..mahallah aku akan mengadakan grand iftar with merdeka celebration pd 3september akan datang..proposal nya sudah aku siapkan cuma nk mengemaskini kan apa yg patut..dan celebration ini dengan kerjasama mahallah uthman,mahallah ali dan mahallah halimah..insyaAllah..semoga program ini berjaya dan mendapat sambutan dari orang ramai..sebelum menjalankan program ini..kami akan ke perak utk membuat follow up motivational camp yg diadakan pd bulan lepas..kami akan berjumpa dengan pelajar2 dr sekolah yg sama dan juga fasi2 dan committee2 yg sama..insyaAllah..

esok aku akan pulang ke kampung menemani ayah ke kebun nya..sudah lama aku tidak pergi melawat kebun yg sekarang ini dh semakin bertambah kambing2 kesayangan ayah ku yang kini telah mencecah 40 ekor kesemuanya..mungkin kelapa sawit sudah membesar..tebu yg sudah boleh dijual kepada orang, pisang yg tidak cukup2 utk dijualkan dan projek cacing yg semakin berkembang..dan insyaAllah selepas kekebun kami akan pulang ke kampung utk menjenguk opah aku di kg gajah perak..jom tgk gmbr2 kambing:


yg ni jiji..2nd generation..anak kepada yg 1st generation

ni semua kambing yg first generation..ayah aku beli 10 ekor je mula2..

yang ni name die remy..hehe

emm..lupa utk aku menceritakan tentang kelas yg aku hadiri..kelas sciences of hadith yg cukup digeruni oleh semua pelajar kerana lecturer akan memanggil nama utk membuat presentation dihadapan tentang tajuk yg akan dipelajari..senang cerita mengajar dihadapan..(hehe)..dan setelah 4 minggu kelas dijalan kan..nama aku tidak pernah dipanggil sedangkan orang lain ada yg sudah 3 kali menonjol kan diri dihadapan..dan aku berbisik pada rakan aku disebelah "hari ini aku rasa aku mesti kene panggil punye"..dan ramai yg menyampuk "ammiiiinnnnn...."..tiba2.."nur asyiqin..please explain about the classification of hadith mutawatir and ahad"..aku akur dengan perintah beliau lantas aku bangun dan berdiri dihadapan kelas dan menerang kan tentang tajuk yg diberi..setelah selesai..aku cepat2 balik ke tempat duduk dengan perasaan yg lega..tetapi.."hmm..sister..u said about isnad just now..is it any differences between isnad and sanad?".."ya Allah..xhabis lagi rupanya..bila mase pulak la aku sebut benda tu" bisik hati ku..dengan selamba aku menjawab.."from what i've learn..isnad is synonym to sanad which means the chain of narrators of the hadith..but isnad is the singular of sanad" (sukati aku je menghentam) tapi lecturer mengangguk je..kalau mengangguk tandenye betul la kan?..then die tanye lg.."and u said just now about the hadith ahad gharib, aziz and mashhur..my question is can hadith ahad gharib would be hadith ahad aziz n mashhur, and hadith ahad mashhur would be hadith ahad aziz dan gharib?"..terpaku seketika apabila mendengar soalan tersebut..kali ini mmg aku tidak tahu langsung utk menjawab..melihat aku seperti itu beliau berkata.."its okay..take your time to find the answer..i'll wait for you"..semua pelajar menundukkan muka kerana takut akan ditanya..setelah meneliti semua jawapan aku pun dengan tidak yakin menjawab.."errr...i think it could be..madam.."..beliau menyambung.."why u said it could be..can u please explain it to ur friend"..aku terdiam seketika dan terus menjawab.."emm..because gharib is consist of single transmitter.....bla..bla..bla.."panjang lebar jwpn aku berikan dan akhirnya beliau terdiam seketika dan mengangguk2 kan muka nya.."ok..good..u can take back ur notes" aku kehadapan utk mengambilnya dan yg paling gembira nya ada tertulis 10/10 diatas kertas tersebut..(hehe)..bukan utk berbangga di dalam ni tetapi aku berpuas hati dengan apa yg dilakukan..alhamdulillah..dan pulang ke rumah seperti biasa aku menceritakan pada ayah aku..hehe..utk pengetahuan semua..aku mmg agak rapat dengan ayah berbanding emak..jadi..jangan hairan jika byk perkataan ayah melebihi emak dalam setiap entri aku..hehe..dan petang itu ayah belanja pizza hut!!!!ayah mmg begitu..setiap kali anak2 balik dan menceritakan tentang sesuatu kejayaan xkira la besar atau kecil beliau tetap akan meraikannya..terima kasih ayah n emak!sangat menyokong kami adik beradik..hehe
saya sayang kamu semua!!!

p/s: utk sesiapa yg akan pulang ke kampung halaman, berhati2 dijalan raya..semoga tiba di destinasi dengan selamatnya..insyaAllah..selamat bercuti~~


aku yg sedang tersenyum~~

4 comments:

afiq izwaz said...

kamben....kamben....kamben....kamben....mbeekkk

nurasyiqinabas said...

eh..ade kamben la kat sini..sesat ke?nnt ikut blk kg ek..xjumpe jalan nk blk ek kamben?

afiq izwaz said...

kamben ade GPS kay...xdenye nak sesat2...=P

nurasyiqinabas said...

waa..ade gps?curi kat mane?i xajar curi2 ni tau..