CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 5, 2009

permata hati abas dan rahimah (part 1)

hye dear..


hmm..mesti semua tertanye2 siapa sebenarnya abas dan rahimah seperti yang tertulis pada tajuk diatas..apa yg hebat nya tentang mereka??emm..yup..mereka sangat hebat pada mata anak2 mereka..orang yg menjaga kami adik beradik..baru aku sedar yg tiada satu pun cerita tentang keluarga dalm berpuluh entri yg aku tulis..maafkan anak dan adik mu ini wahai keluarga ku...emm..jom kita tengok satu persatu tentang mereka..

MEJAR (B) ABAS BIN HASAN (A.M.N)




-dilahirkan pada 26.2.1950 di kampung gajah, perak darul ridzuan..ibu dan ayah beliau kedua2 nya orang jati kg gajah..

-ketua keluarga yang memulakan kerjaya sebagai seorang askar dan bermula dengan jawatan yang plg bwh iaitu prebet..hasil usaha dengan titik peluh nya sendiri beliau dinaikkan pangkat sehingga mejar dan mendapat anugerah ahli mangku negara (a.m.n) oleh duli yg amat mulia agung malaysia..berkahwin dengan rahimah binti haji idris dan mendapat 5 orang cahaya mata yg segak dan menawan tentu sekali..selepas pencen pada tahun 1996..beliau terus bekerja sebagai pesuruhjaya sumpah untuk membiayai makan dan minum, dan persekolahan anak2 dan keluarga..

-menyambung pelajaran di itm (kini dikenali sebagai uitm) di peringkat diploma dan pada tahun 2006 beliau mengambil kursus pengajian al-Quran di uiam..

-seorang ayah yang sangat garang sewaktu anak2 nya masih bersekolah..mewajibkan anak2 membawa dan membaca buku di dalam kereta sewaktu bercuti..beliau akan menanyakan soalan pd anak2 setelah buku yg dibawa habis dibaca..paling suka bertanyakan sifir sewaktu dalam kereta..

-sekarang menjadi seorang ayah yg penyayang dan sangat baik di waktu anak2 sudah meningkat dewasa..beliau menjadi pendorong kepada anak2 utk terus berjaya..sentiasa mengutamakan keluarga dahulu sebelum orang lain..

-menjadi seorang pekebun yang berjaya yg mempunyai 5 ekar tanah di sabak bernam selangor dan mengusahakan kambing, tanaman pisang, kelapa sawit, tebu dan cacing dan menjadi pembekal kepada sesetengah pembeli di kawasan tersebut..

-kata2 dari penulis utk beliau: thanks a lot ayah!!teruskan usaha ayah..kami anak2 ayah akan terus memberi semangat utk ayah berjaya dalam apa jua yg ayah lakukan..sayang ayah!



RAHIMAH BT HAJI IDRIS




-dilahirkan pada 20.7.1959 di sabak bernam selangor..ibu nya berasal dr singapura dan ayahnya dr malaysia..

-seorang surirumahtangga yg berjaya mendidik anak2 sehingga menjadi orang yg berguna..insyaAllah..berkahwin dengan abas bin hasan dan mempunyai 5 orang cahaya mata yg sangat segak dan menawan tentunya..sangat pandai memasak dan menjahit baju baju anak2 beliau..menyayangi anak2 nya lebih dr segalanya...mempunyai lesen kereta tetapi tidak pernah memandu..tidak boleh berjauhan dengan anak2..sangat sensitif..dan seorang ibu yang sangat penyayang..

-kata2 penulis utk beliau: terima kasih kerana memberi kasih sayang yg secukupnya buat kami adik beradik..insyaAllah kami akan membalas jasa mu sehingga ke akhir hayat..sayang mak sangat2!!doakan kejayaan anak2 mu..



NUR AMELIA BT ABAS



-dilahirkan pada 1.9.1981 di hospital negeri sembilan..anak sulung pasangan abas dan rahimah..berumur 28 thn..

-memulakan persekolahan di sekolah kebangsaan sungai pelong dan mendapat keputusan upsr 3A1B dan mendapat tawaran ke maktab rendah sains mara terendak melaka (MRSM) sehingga tingkatan tiga..setelah mendapat keputusan 8A dalam pmr beliau ditukarkan ke maktab rendah sains mara jasin melaka (MRSM) sehingga tamat tingkatan 5..selepas spm..beliau ditawarkan ke kolej mara seremban (matrikulasi) dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda (degree) di UKM, bangi dalam jurusan sains sekitaran (environmental science)..setelah tamat beliau menyambung lagi peljaran di peringkat sarjana (master) jurusan yg sama..

-pernah bekerja sebagai pegawai di maybank hanya setahun..sekarang beliau bekerja di UKM sebagai research officer..

-seorang kakak yg sgt gile2..perangai tidak seperti umurnya..belum berkahwin dan sangat sayang pada keluarga..

-sangat tidak kedekut (along..esk kite gi the mall ek..ade sale..hehe)

-sangat bijak dan pandai..sekarang sibuk dengan projek membaik pulih tasik chini pahang..

-kata2 penulis utk beliau: semoga cepat2 dpt jodoh..jgn tunggu lame2 sgt..semua orang xsabar tgk along kawen..lg2 adik perempuan mu yg sorang nih..hehe..

bersambung...

0 comments: