CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 21, 2009

bintang dihati ini..


hye dear..

setelah sekian lama tidak mengupdatekan blog atas sebab laptop rosak..hari ini aku terpaksa mencuri sedikit masa belajar utk menulis blog ini walaupun terpaksa menggunakan laptop kepunyaan ayah..bukan apa..hari ini aku rasakan hari yg penting utk semua anak2 meluangkan sedikit masa utk bapa tersayang...ye..hari ini adalah hari bapa..happy father's day ayah..hehe..kenape aku letak tajuk bintang hati??emm..selain dr ibu..ayah aku juga adalah bintang di hati ini..emm..mungkin ayah akan baca blog ini..ingin sekali qin ucapkan terima kasih atas dorongan,nasihat, support,kasih sayang dan wang ringgit yg ayah taburkan buat kami anak2...mungkin kejayaan kami xcukup lg membangga kan ayah..insyaAllah qin try jd anak ayah yg terbaik dan tidak menghampakan ayah...qin doakan ayah sihat selalu supaya boleh tgk kami membesar dan kongsi kejayaan kami...ayah yg menjadi tulang belakang kami semua selama ini..semoga ayah berjaya dengan apa yg ayah usahakan..doakan kejayaan anak2 mu ye..hehe..jasamu tidak ternilai harganya...sayang ayah!!

emm..ini sahaja entri utk kali ini..tidak lupa juga happy father's day diucapkan kepada semua pakcik2 terutamanya pak uda dan pakmat yg begitu rapat dan memberi galakan kepada sy juga!!thanks a lot..tidak lupa juga kepada semua bapa2 dan juga bakal2 bapa yg sudi membaca blog ini..happy father's day!!

p/s: pic ni je yg ade..sbb gune ayah punye laptop..hehe

aku yg sentiasa tersenyum~~

Thursday, June 18, 2009

award dr awatif yg comel..hehe



RULES:
1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 10 blogger whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the 'recipients' name here, along with their links.
4. let them know about this.
  1. encik phat
  2. syafiq
  3. munir
  4. encik berg
  5. nad xoxo
  6. fafad
  7. miz mie sigadis motor..hehe
  8. semua yg singgah ke blog ini..

-first time dapat award ni..thanks atip ku yg comel..semoga baby yg kuar nnt mcm muke auntie syiqin ye..hehehe..kem salam ezmir..semoga bahagia dok kat mesir tuh..blk malaysia jgn lupe bgtau tau..nk jumpe..hehe

aku yg sentiasa tersenyum~~

Tuesday, June 16, 2009

terhenti seketika..

hye dear...

pertama sekali ingin diucapkan kepada semua pembaca blog ini..(ade ke??hehe)..kerana tidak dapat menulis cerita2 terbaru kerana laptop ku sudah rosakk..waa~~~geramnye la kan..tetapi ada hikmah disebalik kerosakan tersebut..sengaja Allah ingin memberi peluang untuk aku terus membuka buku2 yg sudah lama tersusun di atas meja yg menunggu masa utk dibaca..final exam hanya tinggal bebearapa hari saja lg..sciences of hadith 23.6 dan bm kerjaya 26.6..hmm..doakan aku ye sahabat2 semua..insyaAllah aku akan menulis cerita2 terbaru aku bila dapat laptop baru nnt..hehe..itu saja dr sy..sekarang ni pon aku berada di ITD utk on9...sedey jek..hukhuk..semoga anda semua terus melawat blog ini..thanks...salamm..
aku yg sentiasa tersenyum~~

Wednesday, June 10, 2009

manusia bertanya QURAN menjawab...


KENAPA AKU DIUJI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami terlah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengatahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI??

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)

RASA FRUST?TENSION?LEMAH SEMANGAT??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran : 139)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA??

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabar lah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan lah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuhmu, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari semua orang-orang mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah At-Taubah : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??

"Cukup lah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah :129)

ARGHH..AKU TAK TAHAN!!AKU DAH BOSAN!!

"...dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 12)

emm..semoga kita semua tidak mengambil jalan yang mudah utk menyelesaikan masalah..tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan jika berpandukan Quran dan Sunnah..insyaAllah..

aku yang mencari jalan yg diredhai~~

Friday, June 5, 2009

permata hati abas dan rahimah (part 2)

ABDUL RAHIM B. ABAS



-dilahirkan pd 11.8.1983 di hospital besar kuala lumpur...

-anak kedua dari 5 org adik beradik..memulakan pembelajaran di tadika kemas dan bersekolah di sekolah kebangsaan sg pelong..setelah mendapat upsr 4A mendapat tawaran ke maktab rendah sains mara terendak melaka (MRSM)..sama sekolah dengan kakak nya..pmr juga pendapat pencapaian yg membanggakan iaitu 8A dan meneruskan persekolahan di sekolah yg sama..kemudian memasuki pusat matrikulasi kuala pilah dan melanjutkan pelajaran di utm tetapi hanya separuh jalan atas sebab2 tertentu..hehe..sorry ye abangah tertulis pulak..selepas itu melanjutkan pelajaran di german-malaysian institute (GMI) dalam jurusan mechanical enginering..

-berkahwin pada 22.11.2008 dengan pasangan nya madihah..beliau berkahwin dulu dari kakak nya..

-seorang abang yg sangat rajin dibandingkan dengan abg yg lagi satu..hehe..sangat penyayang..baik je..soft spoken..hehe..(sy agak manja dengan die)

-sukakan kanak2 dan pandai melayan anak2 saudaranya..

-bekerja di syarikat Exxonmobil sebagai subsurface engineering..

-kata2 penulis utk beliau: semoga berbahagia dengan kak ngah smpai akhir hayat..dh kawen pun jgn lupe kat adik beradik ey..hehe..sayang kamu sangat2!


ABDUL RAHMAN B. ABAS


-dilahirkan pada 13.5.1985 di clinic reddy sabak bernam..(beliau sorang je lahir kat clinic dan tanpa bapa sebab ayah kene outstation kat australia..hehe)

-anak ketiga dari 5 org adik beradik..sekolah pertama adalah di tadika kemas dan meneruskan persekolahan di sekolah kebangsaan bandar baru sg buloh dan mndapat keputusan upsr 5A..kemudian memasuki asrama penuh di sekolah menengah sains kuala selangor dan mendapat keptusan pmr 7A 1B..dan spm dengan cemerlang..memasuki pusat matrikulasi gambang dan melanjutkan pelajaran di UKM bersama2 kakak nya mengambil jurusan mechanical enginerring..sekarang menyambung pelajaran di peringkat sarjana (master) di UKM dan juga menjadi research assistant di bawah kakak nya..(bekerja dibwh kakak sendiri)..hehe

-seorang abang yg sangat tegas..agak garang..tp plg kelakar diantara adik beradik..beliau menjadi penyeri rumah..sangat suke mengusik dan mnyakat adik2 dan kakak nya..

-hobi bermain futsal smpai selalu kene membebel dgn mak sebab main smpai pukul 4 pagi..(abang lang..tolong jgn buat mak mmbebel bley x..nnnt kitorang kene sekali..hehe)

-penjimat orang nya..tp xpeernah kedekut dengan adik beradik..suke belanje sy..hehe..(manje dgn die jgk..haha)

-sangat suka kan kanak-kanak..rajin melayan anak2 saudaranya..

-kata2 penulis utk beliau: lang..bile mau belanje mkn lg??hehe..sayang kamu juge!



NUR ASYIQIN BT ABAS



-penulis blog ini..

-dilahirkan pd 12.3.1987 di hospital besar kuala lumpur..

-anak keempat dr 5 orang adik beradik..beza umur dengan adik nya adalah 9 tahun menjadikannya cukup manja di dalam keluarga..melebihi anak bongsu..haha..selalu bergaduh dengan adik beliau..

-memulakan persekolahan di tadika kemas dan kemudian die sekolah kebangsaan bandar baru sg buloh..keputusan peperiksaan dirahsiakan kerana beliau adalah antara yg paling tidak bijak diantara adik beradik beliau..meneruskan persekolahan di sekolah menengah kebangsaan bandar baru sg buloh (tgk sekolah dh tau dia ni tidak la sepandai abg dan kakak nye yg bersekolah di asrama)..selepas spm meneruskan pengajian di kolej islam antarabangsa (iic) dan kemudian melanjutkan pelajaran di UIA mengambil jurusan psychology..

-sangat sensitif dan mudah menangis..tak boleh kene usik dengan abg dan kakak..pasti mengadu kat ayah..hehe..

-mengimpikan seorang lelaki yg beriman, bijak dan boleh membimbing pasangan kejalan yg diredhai..insyaAllah..

-baik hati..sopan santun..(haha..puji jgn xpuji)

-sangat sayang pd keluarga nya..keluarga didahulukan baru org lain..


ABDUL RAOUF BIN ABAS




-lahir pada 31.10.1996 di pusat rawatan islam..

-bersekolah di taski ansar (tadika islam) dan kemudian bersekolah di sekolah kebangsaan bndar baru sungai buloh..sekarang beliau bersekolah di sekolah menengah agama paya jaras..
-seorang yg sngat manja di dalam keluarga..mengade2...hehe..

-bdn kecil walaupun dh tingkatan 1..badan mcm drjah 5..haha..

-buah hati mak dan ayah..sangat la manje die nih..

-kata2 penulis utk beliau: belajar rajin2..jgn hampakan perasaan mak n ayah..lagi satu jaga diri, jaga akhlaq dan jaga solat..sayang kamu!


so..itu sahaja tentang keluarga saya..apa lagi..afundi la ke 32999..pilih siapa yg terbaik..hehehe..akhir sekali..sy sayang keluarga sy melebihi segalanya..u r my everything!


aku yg sentiasa tersenyum~~

permata hati abas dan rahimah (part 1)

hye dear..


hmm..mesti semua tertanye2 siapa sebenarnya abas dan rahimah seperti yang tertulis pada tajuk diatas..apa yg hebat nya tentang mereka??emm..yup..mereka sangat hebat pada mata anak2 mereka..orang yg menjaga kami adik beradik..baru aku sedar yg tiada satu pun cerita tentang keluarga dalm berpuluh entri yg aku tulis..maafkan anak dan adik mu ini wahai keluarga ku...emm..jom kita tengok satu persatu tentang mereka..

MEJAR (B) ABAS BIN HASAN (A.M.N)




-dilahirkan pada 26.2.1950 di kampung gajah, perak darul ridzuan..ibu dan ayah beliau kedua2 nya orang jati kg gajah..

-ketua keluarga yang memulakan kerjaya sebagai seorang askar dan bermula dengan jawatan yang plg bwh iaitu prebet..hasil usaha dengan titik peluh nya sendiri beliau dinaikkan pangkat sehingga mejar dan mendapat anugerah ahli mangku negara (a.m.n) oleh duli yg amat mulia agung malaysia..berkahwin dengan rahimah binti haji idris dan mendapat 5 orang cahaya mata yg segak dan menawan tentu sekali..selepas pencen pada tahun 1996..beliau terus bekerja sebagai pesuruhjaya sumpah untuk membiayai makan dan minum, dan persekolahan anak2 dan keluarga..

-menyambung pelajaran di itm (kini dikenali sebagai uitm) di peringkat diploma dan pada tahun 2006 beliau mengambil kursus pengajian al-Quran di uiam..

-seorang ayah yang sangat garang sewaktu anak2 nya masih bersekolah..mewajibkan anak2 membawa dan membaca buku di dalam kereta sewaktu bercuti..beliau akan menanyakan soalan pd anak2 setelah buku yg dibawa habis dibaca..paling suka bertanyakan sifir sewaktu dalam kereta..

-sekarang menjadi seorang ayah yg penyayang dan sangat baik di waktu anak2 sudah meningkat dewasa..beliau menjadi pendorong kepada anak2 utk terus berjaya..sentiasa mengutamakan keluarga dahulu sebelum orang lain..

-menjadi seorang pekebun yang berjaya yg mempunyai 5 ekar tanah di sabak bernam selangor dan mengusahakan kambing, tanaman pisang, kelapa sawit, tebu dan cacing dan menjadi pembekal kepada sesetengah pembeli di kawasan tersebut..

-kata2 dari penulis utk beliau: thanks a lot ayah!!teruskan usaha ayah..kami anak2 ayah akan terus memberi semangat utk ayah berjaya dalam apa jua yg ayah lakukan..sayang ayah!



RAHIMAH BT HAJI IDRIS




-dilahirkan pada 20.7.1959 di sabak bernam selangor..ibu nya berasal dr singapura dan ayahnya dr malaysia..

-seorang surirumahtangga yg berjaya mendidik anak2 sehingga menjadi orang yg berguna..insyaAllah..berkahwin dengan abas bin hasan dan mempunyai 5 orang cahaya mata yg sangat segak dan menawan tentunya..sangat pandai memasak dan menjahit baju baju anak2 beliau..menyayangi anak2 nya lebih dr segalanya...mempunyai lesen kereta tetapi tidak pernah memandu..tidak boleh berjauhan dengan anak2..sangat sensitif..dan seorang ibu yang sangat penyayang..

-kata2 penulis utk beliau: terima kasih kerana memberi kasih sayang yg secukupnya buat kami adik beradik..insyaAllah kami akan membalas jasa mu sehingga ke akhir hayat..sayang mak sangat2!!doakan kejayaan anak2 mu..



NUR AMELIA BT ABAS



-dilahirkan pada 1.9.1981 di hospital negeri sembilan..anak sulung pasangan abas dan rahimah..berumur 28 thn..

-memulakan persekolahan di sekolah kebangsaan sungai pelong dan mendapat keputusan upsr 3A1B dan mendapat tawaran ke maktab rendah sains mara terendak melaka (MRSM) sehingga tingkatan tiga..setelah mendapat keputusan 8A dalam pmr beliau ditukarkan ke maktab rendah sains mara jasin melaka (MRSM) sehingga tamat tingkatan 5..selepas spm..beliau ditawarkan ke kolej mara seremban (matrikulasi) dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda (degree) di UKM, bangi dalam jurusan sains sekitaran (environmental science)..setelah tamat beliau menyambung lagi peljaran di peringkat sarjana (master) jurusan yg sama..

-pernah bekerja sebagai pegawai di maybank hanya setahun..sekarang beliau bekerja di UKM sebagai research officer..

-seorang kakak yg sgt gile2..perangai tidak seperti umurnya..belum berkahwin dan sangat sayang pada keluarga..

-sangat tidak kedekut (along..esk kite gi the mall ek..ade sale..hehe)

-sangat bijak dan pandai..sekarang sibuk dengan projek membaik pulih tasik chini pahang..

-kata2 penulis utk beliau: semoga cepat2 dpt jodoh..jgn tunggu lame2 sgt..semua orang xsabar tgk along kawen..lg2 adik perempuan mu yg sorang nih..hehe..

bersambung...

i'll be waiting for u...



aku yg terus menunggu~~

Thursday, June 4, 2009

dont judge a book by its cover..hehe..

hye dear..

alhamdulillah Allah memakbulkan doa hamba Nya..class sciences of hadith pg td..seperti biasa salah seorang pelajar akan dipanggil utk membuat presentation dihadapan.."nur asyiqin..are you ready.."aduhh...mcm xde name lain yg die nk sebut.."yes madam..i'm ready"..padahal dalam hati tuhan je tahu sbb mmg aku tak buat preparation langsung untuk presentation kali ini.."but not as a presenter..u'll be the judges and give marks to the presenter today..is it okay or u want to present??"..fuhh..aku terus mengangguk tanda setuju.."no..no..its okay madam..i'll be the judges..hehe"..tangan terus memainkan peranan menulis markah setiap pelajar yg present di hadapan..jangan risau..markah diberikan secara adil dan saksama..hehe..aku yg dahulu nya tidak menyukai lecturer tersebut sudah mula mnyukai nya..sorry madam..u r the best!

"don't judge a book by its cover"
or
"jangan menilai seseorang dari luaran sahaja sebaliknya mengenalinya terlebih dahulu"

insyaAllah petang ni aku pulang ke sungai buloh..xsabar nk blk dh..ayah!!cepat dtg ambik..nk blk~~

aku yang sentiasa tersenyum~~

doa seorang pelajar..hahahaa

esok class sciences of hadith..mintak2 xkene present kat depan..aminn~~ xbuat preparation langsung..fuh..fuh!!

Tuesday, June 2, 2009

doctor uia yg sgt...??


hye dear..

aku meneruskan hari2 dengan begitu baik..aku pulang ke uia pada hari ahad kerana ada tugasan (assignment) yg belum diselesaikan dan melelapkan mata pada jam 3 pg menyiapkan tugasan tersebut..huh!begini la kehidupan sebagai seorang pelajar..tidak kira lah dari universiti atau kolej atau sekolah..tempat ini lah yang mengajar kita erti kehidupan..permulaan bg setiap kejayaan seseorang..selamat berjaya kepada semua yg bergelar pelajar.."Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"..

bangun pagi terasa badan begitu lemah dan tidak bersemangat ditambah pula dengan sakit pinggang yg teramat sgt..tetapi aku kuat kan diri utk ke kelas kerana perlu menghantar assignment yg dibuat malam itu..tidak senang duduk aku dibuat nya dalam kelas..tamat sahaja kelas aku bergegas blk ke bilik dan merebahkan diri ke katil..esok nye selepas kelas aku ke iium health centre..setelah nombor aku tertera di skrin aku pun masuk berjumpe dgn doctor..dan yg kelakarnya..belum pun duduk di kerusi doktor ckp.."sakit ape pulak kali ni nur asyiqin??"..huh..apa punye soalan la doctor ni..geram je..aku pn duduk dan dengan selambe nye menjawab.."kali ni sakit pinggang+demam+xsemangat..kenape tu doctor??eh..tpkan doctor sy xpenah lg mintak mc kan sepanjang sy dtg sini..jd sy mmg btol2 sakit la..td pn sy pg class tau.."haha..utk pengetahuan semua..sejak aku masuk uia nih..dh dekat 6 kali aku pg health centre ni..menggunakan kemudahan yg ade btol x?hehe..dan yg paling xtahan tuh..setiap kali pergi je mesti dpt doctor yg same..aduh..tension btol..selepas itu..doktor tu menjawab.."sy tau awk btol2 sakit..haah kan..awk xpenah mintak mc ek..first time jumpe student yg baik mcm nih..haa..sakit pinggang pulak..peparu dh ok..??sangat la memerli aku doctor ni tapi aku tersenyum lebar dgr pujian tersebut..hehe..emm..setelah tamat sesi soal jawab dan selesai check semua nya..beliau pun bg slip ubat dan aku bingkas bangun dan berkata.."terima kasih doctor..nnt sy dtg lg.."haha..mcm rumah die pulak..doctor tu boleh pulak jawab.."dtg jgn xdtg"..adeh!!selepas mengambil ubat..tanpa berlengah lg terus blk ke bilik dan merehatkan diri dan minda yg berserabut..

sejak akhir2 ni byk benda yg bermain dalam kepala..sejak pulang dari kampung sabtu lepas..byk benda yg ingin dipersoalkan..tetapi tidak mendapat jwpn..emm..bila difikirkan semula..semua persoalan pasti ada jawapan..cuma masa nya belum ditentukan..kepada si pencetus soalan..terima kasih sangat2..insyaAllah segala pertanyaan akan dijawab..cuma terlebey dahulu ingin meminta maaf jika jwpn yg diberikan tidak seperti yg diharapkan..maaf kepada kedua2 empunya badan..

hari ni masih terasa sakit2 dibelakang cuma berkurangan dari semalam..emm..mungkin ini adalah dugaan dari Allah utk mengurangkan dosa2 yg lalu..nasib baik hari ini kelas dibatalkan kerana lecturer ada hal penting yg perlu diselesaikan..tidak banyak yg hendak diceritakan tentang hari ini kerana aku hanya terperap didalam bilik..insyaAllah esok pulang kerumah..saat yg paling kutunggu2 setiap hari khamis..hehe..doakan kesihatan sy ye!!

"tiada ubat yang paling mujarab melainkan doa kepada Allah swt"

aku yang sentiasa tersenyum~~