CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

untuk seseorang~~




aku yg terus menunggu~~

jom pulang ke kampung~~

hye dear..

entah mengapa mlm ni sukar utk aku melelapkan mata..mungkin kah kerana esok tidak perlu bangun awal pagi utk ke kelas..emm..baru sebentar td aku menulis entri yg aku sangat gembira..tetapi mengapa sekarang aku tidak merasakannya??ahh..byk persoalan yg bermain di minda ku ketika ini..lupa kan segala persoalan tersebut..malas utk aku memikirkan nya..

emm..mlm ni sepatutnya aku perlu menghadiri meeting mrc yg diadakan di mahallah aku tetapi kerana kemalasan yg melanda diri ini ditambah pula aku harus memandu malam2 seperti ini..aku lupakan sahaja meeting tersebut..maaf ye semua terutama kepada k.wani,k.fairuz,nadia n semua la..next week sy hantar proposal baktisiswa dan grand iftar..oh ya!berckp mengenai grand iftar..mahallah aku akan mengadakan grand iftar with merdeka celebration pd 3september akan datang..proposal nya sudah aku siapkan cuma nk mengemaskini kan apa yg patut..dan celebration ini dengan kerjasama mahallah uthman,mahallah ali dan mahallah halimah..insyaAllah..semoga program ini berjaya dan mendapat sambutan dari orang ramai..sebelum menjalankan program ini..kami akan ke perak utk membuat follow up motivational camp yg diadakan pd bulan lepas..kami akan berjumpa dengan pelajar2 dr sekolah yg sama dan juga fasi2 dan committee2 yg sama..insyaAllah..

esok aku akan pulang ke kampung menemani ayah ke kebun nya..sudah lama aku tidak pergi melawat kebun yg sekarang ini dh semakin bertambah kambing2 kesayangan ayah ku yang kini telah mencecah 40 ekor kesemuanya..mungkin kelapa sawit sudah membesar..tebu yg sudah boleh dijual kepada orang, pisang yg tidak cukup2 utk dijualkan dan projek cacing yg semakin berkembang..dan insyaAllah selepas kekebun kami akan pulang ke kampung utk menjenguk opah aku di kg gajah perak..jom tgk gmbr2 kambing:


yg ni jiji..2nd generation..anak kepada yg 1st generation

ni semua kambing yg first generation..ayah aku beli 10 ekor je mula2..

yang ni name die remy..hehe

emm..lupa utk aku menceritakan tentang kelas yg aku hadiri..kelas sciences of hadith yg cukup digeruni oleh semua pelajar kerana lecturer akan memanggil nama utk membuat presentation dihadapan tentang tajuk yg akan dipelajari..senang cerita mengajar dihadapan..(hehe)..dan setelah 4 minggu kelas dijalan kan..nama aku tidak pernah dipanggil sedangkan orang lain ada yg sudah 3 kali menonjol kan diri dihadapan..dan aku berbisik pada rakan aku disebelah "hari ini aku rasa aku mesti kene panggil punye"..dan ramai yg menyampuk "ammiiiinnnnn...."..tiba2.."nur asyiqin..please explain about the classification of hadith mutawatir and ahad"..aku akur dengan perintah beliau lantas aku bangun dan berdiri dihadapan kelas dan menerang kan tentang tajuk yg diberi..setelah selesai..aku cepat2 balik ke tempat duduk dengan perasaan yg lega..tetapi.."hmm..sister..u said about isnad just now..is it any differences between isnad and sanad?".."ya Allah..xhabis lagi rupanya..bila mase pulak la aku sebut benda tu" bisik hati ku..dengan selamba aku menjawab.."from what i've learn..isnad is synonym to sanad which means the chain of narrators of the hadith..but isnad is the singular of sanad" (sukati aku je menghentam) tapi lecturer mengangguk je..kalau mengangguk tandenye betul la kan?..then die tanye lg.."and u said just now about the hadith ahad gharib, aziz and mashhur..my question is can hadith ahad gharib would be hadith ahad aziz n mashhur, and hadith ahad mashhur would be hadith ahad aziz dan gharib?"..terpaku seketika apabila mendengar soalan tersebut..kali ini mmg aku tidak tahu langsung utk menjawab..melihat aku seperti itu beliau berkata.."its okay..take your time to find the answer..i'll wait for you"..semua pelajar menundukkan muka kerana takut akan ditanya..setelah meneliti semua jawapan aku pun dengan tidak yakin menjawab.."errr...i think it could be..madam.."..beliau menyambung.."why u said it could be..can u please explain it to ur friend"..aku terdiam seketika dan terus menjawab.."emm..because gharib is consist of single transmitter.....bla..bla..bla.."panjang lebar jwpn aku berikan dan akhirnya beliau terdiam seketika dan mengangguk2 kan muka nya.."ok..good..u can take back ur notes" aku kehadapan utk mengambilnya dan yg paling gembira nya ada tertulis 10/10 diatas kertas tersebut..(hehe)..bukan utk berbangga di dalam ni tetapi aku berpuas hati dengan apa yg dilakukan..alhamdulillah..dan pulang ke rumah seperti biasa aku menceritakan pada ayah aku..hehe..utk pengetahuan semua..aku mmg agak rapat dengan ayah berbanding emak..jadi..jangan hairan jika byk perkataan ayah melebihi emak dalam setiap entri aku..hehe..dan petang itu ayah belanja pizza hut!!!!ayah mmg begitu..setiap kali anak2 balik dan menceritakan tentang sesuatu kejayaan xkira la besar atau kecil beliau tetap akan meraikannya..terima kasih ayah n emak!sangat menyokong kami adik beradik..hehe
saya sayang kamu semua!!!

p/s: utk sesiapa yg akan pulang ke kampung halaman, berhati2 dijalan raya..semoga tiba di destinasi dengan selamatnya..insyaAllah..selamat bercuti~~


aku yg sedang tersenyum~~

Thursday, May 28, 2009

suke~~


hari ni sy gembira..itu saje..sekian!

kamu tidak pantas nurasyiqin!

45 perkataan

Speedtest

Wednesday, May 27, 2009

malang atau ....??

hye dear..

hmm..hari ini tidak seperti hari2 biasa..sangat letih, marah, sakit hati, suke, gembira sume ade..lepas subuh seperti biasa gosok bju utk ke kelas..rase mcm sangat malas utk ke kelas hari ini sebab fikir nk drive kereta dr sungai buloh ke uia..perjalanan yg membosankan kerana kereta yg banyak ditambah pula dengan kemalasan yang melanda diri ini tetapi aku gagah kan diri utk ke kelas..sedang leka menggosok baju ayah jerit dr bawah memanggil ku utk sarapan bersama..dengan pantas aku menggosok baju dan terus turun ke bawah..menu sarapan hari ini ialah mee goreng yg sangat sedap..thanks mom!selepas bersiap..aku pun menghidupkan enjin kereta dan terus memandu ke uia terchenta..(hehe)..hari ini pemanduan aku 80km sahaja kerana tiada mood kan..so..aku memandu dalam keadaan yg sangat bosan sambil menyanyi dengan kuat..sampai je di simpang masuk uia..aku mengambil keputusan utk memasuki pintu belakang uia kerana malas nk jumpa pak guard yg menjaga di pintu hadapan..lgpun depan tu selalu jem nk masuk..smpai je pintu belakang uia..damn!!pintu itu ditutup..aku pun patah balik untuk ke pintu hadapan (jumpa jugak la pak guard tu kan)..utk pengetahuan semua pak guard tu pernah ambil kad pengenalan aku sbb aku bwk kereta xde sticker..benci sama die!okay..berbalik kepada cerita td..aku pun mencari tempat utk meletakkan kereta seperti biasa di mahallah hafsa dan berjalan la ke library..(class mmg di library)..dengan perasaan malas +sakit hati+ penat aku pun dengan tidak bermaya masuk ke kelas..sepi..tiada sorang pon yg hadir lg..pelik sangat sebab jam menunjukkan angka 11 tetapi tiada seorang pun lagi yg datang..aku pun duduk sambil menunggu kedatangan semua..hari ini satu kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka..mereka datang dengan berpakaian segak lagi bergaya..yg perempuan sangat ayu berbaju kurung..mereka terus ke hadapan utk mmbuat persediaan..satu demi satu pelajar masuk kekelas..lega sedikit rasa dihati kerana aku fikirkan kelas tersebut dibatalkan..tunggu punya tunggu..lecturer tidak munculkan diri..dan aku menghubungi lecturer tersebut dan tepat la sangkaan aku yang kelas dibatalkan..adehhh..sakitnya hati..byk betul dugaan yg perlu aku tempuhi hari ini..takpe..hari ini aku belajar erti SABAR..

"kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan,
tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan dan keSABARan"

aku pun pulang ke rumah dengan hati yang mempunyai seribu satu perasaan..sedang leka memandu..aku melihat kereta dihadapan sudah mula bergerak perlahan menandakan kesesakan lalu lintas yg teruk..hampir setengah jam aku diatas jalan raya dengan cuaca yg agak panas..ada accident dihadapan..tetapi penyebab kepada kesesakan tersebut adalah orang ingin melihat kemalangan tersebut..adoii..come on la..kalau nk tengok sila la parking ditepi dan tengok la puas2 kereta orang dilanggar tu..xpyh la nk bawak kereta slow2 kat tgh jalan..mereka ini sangat la mementingkan diri sendiri..suka menyusahkan orang lain..

huh..sampai sahaja dirumah..aku terus mengadu pada ayah apa yg terjadi pada hari ini..ayah hanya mendengar sambil memujuk aku..sejuk sedikit hati ini mendengar suara yg keluar dari mulut seorang ayah..aku kedapur utk melihat lauk yg tersedia..tetapi..kosong!lantas aku menukar baju dan memasak didapur..menu tgh hari adalah kuew tiau sup atas permintaan ayah..selesai memasak, aku masuk kebilik utk solat zuhur dan membaca Quran utk menenangkan hati yg gundah.. "al-Quran adalah sebaik2 ubat penenang jiwa"..

malam ini terasa begitu sunyi..semua abang dan kakak aku tidak pulang kerumah..abangah balik ke rumah mertua nya di cheras..abanglang & along yg bekerja di bwh satu bumbung menyewa rumah di bangi..tinggallah mak, ayah dan adik yg berada dirumah..aku menyiapkan nota sciences of hadith yg perlu dihantar esok..dan sekarang adalah waktu utk melelapkan mata dan aku harap dipertemukan dengan bintang hati yg aku tidak pasti adakah dia sudah dimiliki atau sudah memiliki..hmm..tidak mengapa jika die sudah dimiliki, tersemat dalam ingatan aku satu kata yg pernah diberitahu seseorang "cinta xsemestinya memiliki"..hmm..gud nyte n illalliqa'..

aku yg menunggu dan terus menunggu~~

Tuesday, May 26, 2009

open book test??

hye dear..

aku melelapkan mata hampir jam 1 pg pada malam semalam kerana menyiapkan nota sciences of hadith yg perlu dihantar pd hari ini..setelah selesai menyiapkan nota tersebut, kaki ku terus melangkah menuruni tangga dirumah menuju kedapur untuk aku menghilangkan rasa dahaga..setelah itu, aku terus masuk kebilik dan merebahkan diriku diatas katil ditemani teddy bear kesayangan ku..pada minggu ini aku berulang dari rumah ke uia kerana rakan sebilik iaitu nadia pulang ke rumah beliau kerana beliau tiada kelas pd minggu ini..jadi aku pun mengambil keputusan utk berulang dr rumah sahaja utk mengelakkan rasa bosan duduk seorang diri di uia..

aku terjaga pada jam 6.15 pg dan menunaikan solat subuh..alhamdulillah sekali lg aku tidak lupa utk melakukan ibadah kepadaMu..selesai solat aku terus mengemas buku2 yg berselerak diatas meja..dan melelapkan mata sehingga jam 7 pg..aku bangun dan menyiapkan diri utk ke kelas yg bermula jam 10 pg-1 tgh hari..aku bersarapan nasi kerabu yg dibeli oleh ayah pg td..ayah pergi membeli awal subuh td sebelum anak2 nya keluar dr rumah..terima kasih ayah!(hehe..)sesudah sarapan bersama2 ayah dan emak..aku menghidupkan enjin kereta dan terus memandu menuju ke universiti islam antarabangsa..

mengambil masa 15 minit utk ke uia, aku tiba di sana jam 9.50 dan meletakkan kereta aku di mahallah hafsa dan terus berjalan menuju ke kelas yg terletak di kuliyyah islamic revealed knowledge(irk) yg agak jauh dr mahallah aku..lebih kurang 10 minit utk smpai ke sana..aku jalan selaju yg mungkin kerana aku takut terlambat masuk ke kelas..smpai sahaja di kelas..seorang pelajar lelaki memaklumkan bahawa lecturer tidak dapat datang ke kelas kerana kesihatan beliau tidak mengizinkan..dan pelajar tersebut memaklumkan lecturer memberi open book test pada kami dan menghantar nya pada pelajar tersebut..huh!soalan yg diberikan sangat lah susah nye..jawapannye tiada dalam buku pun sebenarnya..semua pelajar sibuk berbincang antara satu sama lain utk mendapatkan kepastian jwpn tersebut..dan aku berjaya menyiapkannya satu jam setelah berbincang dan menulis sedikit jwpn dr pelajar lain..(hehe..soalan die sangat la susah)..dan sepatutnya kelas tersebut tamat pd jam 1 semua pelajar keluar pd jam 11.30..dan aku terus keluar dr kelas dan memandu blk ke sungai buloh..

aku yg sentiasa tersenyum~~

Monday, May 25, 2009

cerita hari minggu~~

hye dear..
minggu ini aku byk menghabiskan masa bersama keluarga sejak blk dari uia khamis minggu lepas..esoknya iaitu pada hari jumaat, aku terpaksa pulang sekejap ke uia kerana terpaksa menghadiri meeting mrc yg aku sangka kan mlm tetapi aku mendapat panggilan dr presiden mrc pada pukul 11.30 pg (meeting tersebut bermula pukul 9.30 pg)..beliau yg menelefon aku seawal pukul 10 pg sehingga la 11.30pg kerana aku telefon aku didalam bilik dan aku dibawah..jadi aku tidak dengar bunyi panggilan tersebut..apabila aku masuk kebilik tgk ada byk misscall..dan yg kesiannye mereka xterpaksa menunggu kedatangan ku kerana aku perlu mmbincangkan proposal yg aku buat..(maaf ye semua terutama pd kak fairuz..sy salah information..lain kali xbuat dh..hehe)..selepas meeting tersebut maka bertambah2 la kerja yg perlu dibuat..aku terpaksa menyiapkan 4 lg proposal yg perlu dihantar kepada presiden..huh!makin pening dibuatnya dgn assignment dan exam yg akan diadakan dalam masa yg terdekat ni..hmm..takpe..amik semua tu sebagai satu cabaran utk kita berjaya..yeah..u can do it nur asyiqin!!
hmm..esoknye pada hari sabtu..kami sekeluarga bersiap2 utk ke pusat akuatik darul ehsan di shah alam utk berenang dr 9 pg sehingga 12 tgh hari..setelah penat dan puas berenang kami semua pulang ke rumah dan setelah menunaikan solat semua merebahkan diri dalam bilik masing2..mlm tuh..abang aku mngajak kami sekeluarga makan di tree steak house..waa..saat ini adalah saat yg paling menggembirakan aku kerana kesemua adik beradik aku berkumpul terutamanya abg ngah dan kak ngah..hehe..kitorang adik beradik mmg sangat rapat dan sering berhubung antara satu sama lain walaupon sekadar ym atau sms satu ayat sahaje..hehe..saya sayaanngg sangat sama kamu!!!
"hello..mak iqin..encha dapat nombor 3 sukan td" aku pon tersenyum dan menjawab.."waa..terer nye encha ni..encha main game ape?" lantas beliau menjawab.. "encha main game spongebob..mula2 encha lari kan..lepas tu kan..encha amik air pakai span kan..encha lari ke depan pastu perah span tu dalam botol..sape yg plg byk isi menang la..penat btol encha lari td" tergelak aku mndengar celoteh nya dan dia menyambung.. "bile mak iqin nk datang rumah encha..encha rindu la dgn mak iqin,atuk,opah,pak lang,mak long,pak ngah,mak ngah dengan pak aup" penat aku menuggu kesemua nama yg disebut aku pon berkata "jap lg mak iqin dtg umah encha kay" die menjawab "yeay!jgn tinggalkan atuk dengan opah tau..encha tunggu nnt..ok bye mak iqin"

aku terus memandu ke kota damansara setelah penat bermain air di pusat akuatik shah alam..2 hari berturut2 pergi berenang disitu bersama keluarga aku..sebelum ke kota damansara kami singgah di pasar shah alam yg agak besar dan rase nya satu hari utk pergi ke semua gerai yg ada..aku pn berjalan bersama along (kakak) smbil menyedut air tebu yg dibeli dengan cuaca yg sangat panas, mata ku terpandang pada satu kedai menjual tudung..aku ternampak selendang yg mmg sudah lama ingin ku beli tetapi sudah kehabisan stok..aku terus masuk dh bertanya kan harga selendang tersebut..dengan perasaan yg terlampau gembira dan tanpa berfikir panjang aku terus membelinya..hampir satu jam berjalan kami terus ke kota damansara kerumah sepupuku setelah berjanji dengan anak saudara ku yg sangat comel2 iaitu faatihah, annisa', adam dan assyuuraa..rindu kalian!!sampai sahaja kami disana mereka sudah menunggu di depan pintu..annisa atau panggilan manja nye encha menunjuk kan medal yg dipakainya sejak menang sukan sekolah pagi itu..dengan badannye yg chubby itu memeluk dan mencium ku..mereka mmg rapat dengan keluarga aku kerana rumah kami dahulu bersebelahan dan emak aku menjaga mereka sejak lahir lagi..dan sejak mereka berpindah kerumah baru..2 hari sekali mesti dtg kerumah aku..ermm..setelah menikmati juadah2 yg disediakan..lebih kurang jam 7 mlm..kami beransur pulang kerumah..sampai dirumah..semua kebilik masing2 utk merebahkan diri kerana terlalu letih sehari suntuk berjalan..selesai solat maghrib aku terus menyiapkan nota sciences of hadith yg perlu dihantar esoknya..

selesai mmbuat nota..aku terus ke bilik air utk mengambil wuduk menunaikan solat isya'..alhamdulillah aku melalui hari2 yg cukup indah sepanjang 3 hari itu tanpa leka utk menunaikan ibadah kepadamu..semoga hari yg akan datang lebih baik dari hari ini..aku melelapkan mata dengan harapan dapat bermimpikan bintang hati yg akan kutunggu sampai bila2..
"esok pasti ada, tetapi esok belum pasti untuk kita.
Jadi, beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti akan datang"

p/s: bwh ni gambar mereka yg aku sayang...

mak n ayah

along n abglang

abangah n kak ngah

satu2 nya adik: raouf

faatihah n annisa

adam


assyuuraa'

aku yg sentiasa tersenyum~~

Tuesday, May 19, 2009

kutemui bintang hati???


hye dear..

minggu ini merupakan minggu yang agak meletihkan bg aku kerana perlu menyiapkan tugas2 yang diamanahkan kepada aku..bertimbun2 buku sciences of hadith yang menunggu giliran utk dijadikan nota ringkas yg perlu dihantar kepada lecturer aku yg agak cerewet..dengan kertas kerja program follow up ke perak dan program grand iftar yg akan berlangsung pd bulan 7 nnt yg aku tidak siapkan..ikutkan hati mmg rasa mcm nk menangis tetapi aku apabila teringat kembali pada pesan ayah "bukan senang nk senang dan bukan susah nk jd susah.." aku terus bersemangat dan tidak putus asa..

hampir satu hari aku di dalam library uia yg sangat sejuk utk menyiapkan assignment aku yg tertangguh sejak minggu lepas..sedang leka aku membuat kerja..handphone aku berbunyi menandakan ada sms yg masuk..aku terhenti seketika dan terus mmbaca sms dr adik najah.. "assalamualaikum akak...sihat ke?adik rindu sgt dkt akak..nape xreply msg adik smalam?" aku pn mmbalas meminta maaf atas kesibukan aku..seminit kemudian die mmbalas semula sms aku "adik nk tanya akak sesuatu boleh?kenape org kristian mengkaji alquran?" terkedu aku membace sms yg dikirimkan adik najah kepada ku..aku pun bukan hebat sangat bab2 agama ni..aku pun masih mencari dan masih belajar ilmu2 islam yang aku tertinggal jauh dr orang lain...aku pn membalas kiriman sms itu dgn menjawab soalan adik najah.."orang kristian ni die mengkaji al-Quran sebab mereka nk melemahkan orang islam, nk menjatuhkan islam kerana mereka tahu yg Al-Quran itu merangkumi semua aspek kehidupan seseorang dan alQuran adalah sgt lengkap sedangkan bible masih byk kekurangan dan sbb itu lah ada diantara kristian yang menambah isi kandungan Quran utk mengelirukan umat nabi Muhammad..wallahualam(thanks syafiq bg jwpn kepada soalan ini)" aku harap dgn jwpn yg aku berikan adik najah dapat gambaran sedikit tentang persoalan yg beliau ajukan pada aku..jwpn yg aku berikan tidak lah lengkap tetapi sebagai gambaran utk die berfikir lebih jauh..sesiapa yg rasa jwpn yg aku berikan tidak tepat atau pun ada penambahan sila berikan komen anda ye..sy pun ingin tahu jwpn yg lengkap..hehe

mlm td aku melelapkan mata hampir pukul 5 pg kerana menyiapkan slideshow yg perlu dibentangkan pd hari ini..alhamdulillah aku dan amalina berjaya menyiapkannya dan pembentangan kami berjalan dgn baik walaupun sedikit gugup dihadapan penonton..para penonton memberikan respon yg positif apabila kami bertanya kan soalan kepada mereka..berkat ketekunan dan kesabaran kami yg membuahkan hasil..terima kasih amalina kerana bermalam dibilik aku yg tidak seberape besarnya..ada satu kata yg aku terbaca dalam sebuah majalah "jangan lah berputus asa,tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,berjuang lah terus dalam keadaan putus asa,pasti anda berjaya"

walaupun tidur selepas pukul 5 pg dan aku sempat melelapkan hanya mata 1 jam sebelum bangkit utk solat subuh..aku sgt menghargai tidur itu kerana aku telah bermimpi satu mimpi yg membuat kan aku semangat utk melalui hari yg sgt penat ini terutamanya hari ini..aku telah bermimpi sebutir bintang yg menerangi cahaya hidupku pada hari ini..terima kasih ya Allah..setelah sekian lame aku ternanti2 kan mimpi tersebut dalam setiap tidur ku..akhir nya Kau makbulkan permintaan ku walaupun sebentar sahaja mimpi tersebut dan kau meneruskan hari2 ku dgn penuh bermakna walaupun agak keletihan..ini adalah sedikit renungan buat kita bersama..

"Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya"



aku yg sedang tersenyum~~

Saturday, May 16, 2009

ibu dan guru??


hye dear..


alhamdulillah..Allah telah memberi kesempatan untuk aku melihat dunia ini sekali lg..dan aku bersyukur padamu ya Allah kerana memberi peluang utk aku terus melakukan ibadah kepadamu dan sempat terjaga utk melakukan solat di subuh hari kerana waktu ini adalah waktu yang paling nikmat utk melelapkan mata..ya, betul jika ada yang mengatakan tidur juga adalah salah satu ibadah..tetapi solat adalah satu perkara wajib dan juga tidur adalah perkara yang mubah iaitu harus utk semua makhluk tuhan..aku bkn lah ustzh utk mmberikan tazkirah pada pg hari ini tetapi ingin berkongsi apa yang diajar oleh guru...

emm..berckp tentang guru..hari ini berape haribulan ye??16 mei 2009..yang semasa zaman sekolah kita sibuk membeli kan hadiah atau bunga atau apa sahaja kepada guru-guru disekolah dan kita sering terlupa bahawa ibu adalah guru pertama yang mengajar kita apabila kita melihat dunia ini..apa salahnya kita mengucapkan selamat hari guru kepada ibu kita selain selamat hari ibu yang terucap pada mulut kita..memang btol kita perlu mengucapkannya kepada semua guru2 disekolah..tetapi jgn melupakan ibu kita juga..selamat hari guru ibu!!juga selamat hari guru ayah!!

"tanpa permulaan,anda tidak sampai kemana-mana"

kepada semua guru2 yang pernah mengajar secara langsung atau tidak langsung..selamat hari guru diucapkan..terutamanya kepada semua guru2 di mana tempat aku belajar..bermula dr tadika kemas,sekolah kebangsaan bdr baru sg buloh, smk bdr bdru sg buloh, perfection training academy, sekolah memandu sri sabak (tanpa mereka aku tidak memandu sekarang), kolej islam antarabangsa dan universiti islam antarabangsa..terutamanya kepada miss ayu (iic) yg sangat banyak membantu aku jika ada masalah pelajaran sehingga sekarang ini xjemu2 berhubung..saya sayang sangat sama kamu miss!!tidak akan kulupakan jasamu yg tidak terhitung byknye..thanks a lot!kenangan didalam class islamic ethics n islamic studies tidak akan dilupakan..juge kepada ustzh nurma (smkbbsb) yg sehingga sekarang berhubung dgn aku dan sentiasa bertanya kan khabar dan pelajaran..terima kasih ustazah!!dan juge utk semua yg bergelar lecturer, cikgu, prof, dr. dan yg sama waktu dengan nya..kamu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai...semoga ilmu yg dicurahkan dapat digunakan utk dikongsi dgn umat2 didunia ini...insyaAllah..

"belajar untuk berjaya,
berjaya untuk bekerja,
bekerja untuk keluarga,
jangan hampakan harapan keluarga."

'bukan senang nk senang dan bukan susah nk susah"

ayat pertama: itulah antara matlamat belajar yg aku pegang sampai sekarang..terima kasih sekali lagi kepada miss ayu kerana mmberikan kata2 semangat ini kepada aku..disaat aku down atau tension semasa belajar..aku akan teringat kata2 ini utk menaikkan blk semngat aku untuk belajar..

ayat kedua: akan aku ingat kata2 tersebut..bkn senang nk berjaya dan sgt senang utk hidup susah..kata2 yang ayah berikan kepada aku disaat aku menangis kerana putus asa melakukan sesuatu..kata2 yang byk menyedarkan aku..

akhir kata, guru bukan saja menjadi qudwah hasanah (contoh terbaik) kepada masyarakat, bahkan peranan mereka lebih terbukti apabila negara hari ini berjaya melahirkan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang..tanpa mereka kita tidak berjaya seperti sekarang ini..
wallahualam..
aku yg sedang mencari jalan yg diredhai Allah~~





Friday, May 15, 2009

bintang hati???

hye dear..

emm..malam ini malam yg cukup gembira buat aku kerana kami sekeluarga berkumpul dirumah..rindu pada mereka kerana sudah lama tidak berkumpul sebegini..bergurau senda, bermain congkak dan sebagainya..sebelum terlupa..tahniah kepada abg ngah serta kak ipar kerana tidak lama lg aku bakal bergelar makcik..hehe..malam ini tiada apa yang menarik selain menonton tv bersama..berbual kosong..sebelum terlupa juga..happy belated birthday buat abg lang..sorry tahun ni tiada hadiah buat mu..hehe..

setiap jumaat adalah hari yang plg indah buat ku..kerana apa??kerana dapat merebahkan diri kekatil kesayanganku dgn bantal yang empuk ditemani bear2 yg ku sayang..bkn itu saje suasana bilik yg cukup aman..(hehe..aman ke?) dan juge bersebelahan dgn bilik abg lang yang sering mengusik ku dr bilik sebelah..aku akan turun ke bawah mengadu dgn ayah lantas ayah menjerit dr bwh..aman nape kacau adik ni??xde keje lain dh ke??..aku naik keatas smbil menjelir lidah kepadanya..tetapi yg geramnye makin menjadi2 usikannye..huh!nasib baik abang aku..kalau tidak sudah lama aku menyepak beliau..hehe..

mlm ini aku ingin tidur bermimpi kan sebutir bintang..aku harap sgt aku dpt lihat bintang yg paling terang antara bintang2 yang lain..semoga bintang tersebut terus bersinar menerangi kegelapan ku..aku tidak kisah jika bintang itu lebih tua atau lebih muda dr bintang kepunyaanku..insyaAllah..

"Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu."



senyumlah supaya alam turut tersenyum...


alhamdulillah..sesampai je aku dirumah..mak dan ayah tercegat dihadapan pintu menyambut kepulangan anak tersayangg..(hehe..mcm jauh sgt je anak die ni blaja)..seronok rase dihati melihat rumah yang tidak seberapa itu tetapi disinilah tempat kami mendapat kasih sayang yg secukupnya..ari ni xde kelas ke??kesian anak ayah penat blk rumah pagi2..kata2 seorang ayah yg meyentuh hati..aku hanya tersenyum melihat ayah..ari jumaat mmg xde kelas ayah..lantas aku kedapur melihat mak aku yang sedang membasuh ayam utk dimasak..mak nk masak ape ari ni?hmm..nasi ayam je la..dh lame xbuat..biar orang masak la ari ni..(hehe..nk tunjuk baik sket)..aku pun menyambung tugas emak setelah seminggu aku tiada dirumah..emak pula duduk dimeja makan dan pelbagai cerita keluar satu persatu..aku hanya diam mendengar ceritanya..seronok aku mendengar emal berbual seperti itu..setelah selesai memasak..aku kehadapan merehatkan diri..malam td aku merebahkan diri hampir jam 3 pg kerana sibuk hadirkan diri ke meeting mrc (mahallah representative council)..aku bangun subuh jam 6.30 dan terus mengemas bilik sebelum aku memandu terus ke sungai buloh...sepanjang perjalanan aku asyik mendengar lagu2 yang dipasang..

hmm..tiba2 teringat kan kata2 adik aku yang baru pulang sekolah sebentar td..kak iqin kenal x penolong ketua pengawas mase k.iqin skolah dulu?die bru meninggal sbb lemas di sungai..hmm..tersentak aku mendengarnya..siapakah beliau..puas aku mengingatkan siapa penolong ketua pengawas sekolah aku tp tidak timbul seorang pn dlm minda ku..siapa agaknya ya..semoga roh beliau dicucuri Allah swt..akan ku cari siapa dia..

hati ku berbunga keriangan sejak pulang kerumah td..entah mengapa aku pun xtahu..terima kasih yaAllah kerana memberi kan perasaan ini kepada ku...telah terjwb semua persoalan selama 3 hari ia bertapak diminda ku..betul la ape yang dikatakan..hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.ia adalah menguji keteguhan iman seseorang..malangnya bg mereka yang hanya mengikut kehendak hati yang tidak sanggup menerima penderitaan.. wallahualam


aku yang sentiasa tersenyum~~


Thursday, May 14, 2009

ku harap cinta akan tiba dihati kita~~

kau ku cinta..engkau lah yang ku puja..
tertunggu selama ini xkujumpa..
denganmu ku dilamun indah..
kuharap cinta akan tiba dihati kita..
hye dear..
entah mengapa hati ini asyik ingin mendengar lagu ini..adakah mungkin sbb hati ini dilamun cinta atau hati sedang berbunga2 kerana apa..hanya tuhan saje yg tahu..hmm..bukan senang utk memiliki ape yg kite mahukan dlm dunia ini..hidup xselalu nye indah dan kadang kala lebih teruk dr ape yg kite sangka kan..btol x??tp kite kene kuat menghadapi semua itu..anggap sebagai satu cabaran utk kite tempuh...cehh..cara aku berkata2 mengalahkan pemidato terhebat..tp itu lah yg aku sedang alami sekarang..cinta xsemestinye memiliki..entri aku kali ini berkenaan dgn cinta yg xmungkin aku dpt sampai bila2..aku xpernah rasa perasaan yg sungguh hebat seperti ini..perasaan dimana aku menginginkan sesuatu yg diluar kemampuan aku..entah la..susah aku ingin mengungkapkan nya disini..cukup la sekadar aku saje yg merasainya..hanya Allah saja yg tahu..aku sangat mengharapkan perasaan ini hanya la sekadar mainan hati yang sekarang ini hancur disebabkan oleh seorang hamba Allah yg tidak menghargai pengorbanan seseorang..hmm..mungkin ini salah aku juga..setiap manusia dilahirkan tidak sempurna tetapi kite boleh usaha utk menutup kelemahan kita..yang dh lepas biar lah lepas..fikirkan utk benda yg akan datang..sejak aku pulang dr kem motivasi..hidup tidak menentu..fikiran melayang entah ke mane..terbit rasa insaf pada diri sendiri..baru aku sedar byk lg kekurangan yang aku sebagai seorang wanita...terasa diri ini sgt tidak sempurna utk bergelar wanita solehah yg aku lihat ada pada diri orang lain..terasa diri begitu kerdil dikalangan mereka..benar lah kata2 dr ayat Al-Quran dalam surah annur ayat 26: "attoyyibat littoyyibin" yang bermaksud lelaki yang baik hanyalah utk perempuan yang baik. telah tercatat seungkap nama lelaki di loh mahfuz utk mu..cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..jika kau berada diatas jalan yang diredhaiNya, insyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama..lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta Hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..yakinlah dengan janji Allah senyumlah pada sinar yang menanti mu dihadapan..Allah amat sayang pada hamba2 nya yang bertaqwa.. wallahualam..
ku harap cinta akan tiba dihati kita~~

Wednesday, May 13, 2009

....

good morning semua!!!!

Tuesday, May 12, 2009

look out point ampang...mishh u k.ida n k.haleemm..u r the best sister!!!























hye dear..

penat pegi perak xabis lg..k.ida n k.halem ajak sy n nadia pegi mkn2 dgn dorang tuk kali terakhir bertemu..eceehh..k.ida..sorry ek kalau ade 'ter'kurang ajar dgn kamu..kalau ade kate2 ku menusuk kalbumu..hahhaha..ayat abis dramatis jek..tp btol..gue kangen bangat sama kamu berdua...hmm..mlm tu seperti yg dijanjikan..walaupon penat xabis lg..tp kitorang ttp bsemangat nk pegi..k.halem janji kul 7 mlm..tp smpai kul 9 mlm..huhu..die nk settlekan psl hantaran die..ye la..org nk bertunang dh..(psstt..k.ida bile lg??ahakss..tunggu jab ke?)hmm..kul 9 ktorang gerak la ke look out point ampang..drive punye drive..k.halem xingat jln ke sane..hahaha..berpusing2 mncarinyee...dan akhirnye dh pukul 10 lebey bru la smpai kat sane..mmg best la bley tgk pemandangan kl waktu mlm..sgt romantik ok!!teringin nye bf bwk pegi sane n melamar di sane..hahaha...lebey kurang kul 11 kitorang pn snap2 gmbr kat situ walaupn pic xbape mnjadi sbb gune camera murah je..hahaha..kul 11.45 kitorang gerak blk uia n kul 12 smpai la di bilikk...bermule la kehidupan ku seperti biase semula...huhu..

pic diatas adalah utk tatapan semua..time kasih..

nur asyiqin..kakak fasi yg sgt best!!haha..




group TIGER..


kakak n abang fasi...



ni group sy..yg sbelah kiri skali 'abg' syafiq..(nk jgk masuk gmbr)



abg2 fasi yg sporting buat chicken dance

















mcm2 aksi dh buat tunggu bas punye pasal..


hye dear...

setelah penat lelah berfamily day kat perak..esoknye tuh kene buat lidv (kpd yg bkn uia's lidv tu living in during vacation)..blk semule ke uia terchenta utk buat preparation for english and motivational camp di smk redang panjang yg terletak di perak...sgt pedalaman okay tempat tuh..hmm..sepanjang buat preparation tuh mmg agak tension sbb buat keje smpai kul 2 pg..meeting lg..tp hasil nye mmg cukup mmbanggakan..last meeting ari rabu mlm n buat final preparation..balut hamper sume n prog manager bgtau yg kite akan btolak ke perak pd pukul 12 tgh mlm hari jumaat..kirenye khamis mlm tu la..jd semua fasi2 pn bersiap2 la utk kemas beg pd hari khamis pg tuh..kul 10 mlm dh ade kat meeting room utk finalize kan ape yg patut..takut la ade brg2 yg tlupekan..n pd pukul 12 mlm kitorang dh berkumpul di mph(multipurpose hall di mahallah hafsa) utk menunggu ketibaan bas yg akan mmbawe kami ke perak...tunggu punye tunggu smpai kul 3 pg bru la bas dtg..adehh..smpai dh jd xmngantuk tunggu bas punye lame..siap bergelak2 tepi jln menunggu bas dr kul 12..mcm2 game kitorang main utk mngelak kan rase mngantuk n mcm2 aksi kitorang buat kat tepi jln nk tunggu bas dtg..akhirnye bas dtg jgk kul 3 pg..bdk2 laki dh selamat naik bas dulu coz pakcik bas tu pg mahallah lelaki dulu..n alhamdulillah kitorang smpai di smk redang pjg pd pukul 11 pg sbb benti kat RnR tapah smpai kul 8 pg..huhu..jln nk ke smk redang pjg tuh sgt la pening..berpusing2 mcm jln nk gi genting mase dulu2..huhu..smpai nk muntah rasenyee..hahahaaa..smpai2 je skolah tu kitorang di sambut oleh cikgu2 skolah n semua fasi2 tdo kat asrama bdk2..then kitorang pn buat preparation utk bdk yg dtg register..satu group ade 10 pelajar n 2 fasi..satu fasi pmpuan n satu fasi lelaki..sy bergabung tenaga bersame syafiq utk mmbuat kan group kami happening..group yg diberi name TIGER (dgr name pn dh tau memang akan menang..haha)dh dpt group..sy dan syafiq memulakan sesi taaruf..ice breaking bersame adik2 group kitorang..then buat trademark iaitu "we are tiger..tiger..tiger!! bijak! gagah!...we are the besttt!!..aum..aumm..kami xtakutttt!!"hahaa..sgt bersemangat okay group kitorang..antara group yg plg semangat..then kami sbg fasi pn memulakan tugas utk memotivatekan adik2 ni yg kebanyakan mereka terdiri drpd golongan yg susah n byk masalah family..sbb tu la dorang ni sume xbley nk blaja..(sgt bersyukur dgn ape yg ade skang nih..hehe)..adik2 ni sgt seronok kitorang dtg skolah dorang n dorang dh mule ade semangat utk blaja..teruskan usaha ye adik2..sape dpt result pmr yg best..akak bg adiah kat korang...hehehe..ade satu game ni namenye telefon pecah..yg kene pas2 msg kat org sbelah tuh..ayat nye adelah "betty bought butter but the butter was bitter"..n bile suruh dorang bace blk ayat nye dh btuka.."betty bought butter but the butter bought betty"..haha..sgt best game nih..klaka gile..nk mnguji daya ingatan dorang utk blaja sbenarnyee..n daya ingatan dorang ni agak lemah sket la..hehe..sepanjang program mmg byk aktiviti antaranye sukan race..sharing moment..spelling bee..cultural night n byk lg..n kitorang bergerak blk ke uia pd hari ahad..adik2 kat sane dh nangis2 xbg kitorang blk n dorang dh janji dgn kitorang nk dptkan result yg bst utk kitorang...yeah!!happy sgt coz program ni berjaya..bkn senang nk jd nasihatkan org sbenarnyee..mule2 takut je xjd coz xpandai nk handle bdk2..tp alhamdulillah dgn bantuan syafiq akhirnye berjaye handle group kite..thanks syafiq!!hehe..n kami bertolak blk ke uia pd pukul 3 ptg n smpai pd pukul 11 mlm..blk bilik terus..n berita baiknye..kami akan ke sekolah yg same lg pd bln 7 ni utk buat program lain pulak dgn adik2 yg same dan fasi yg same handle group yg same...waaa...xsabar nk jumpe dorang blk...misshh u all..muahh...kamu semua dihearty ku~~~

family day teluk senangin...

gmbr atas: bbq time!

gmbr atas: one happy family











gmbr kiri & atas:game lelaki bertocang
















hye dear..
setelah mngisi perut yg kosong dgn nasi campur berlauk ikan sambal..teh o ais yg sgt sedap diminum tgh2 panas mcm nih..huh!sgt best...hehee..sekarang ni nk smbung menulis blog yg dah lame ditinggalkan ni..byk je cerita yg nk ditulis cume mase xmngizinkan..eceehh..bln 4 yg lepas bersamaan 18 dan 19 hb..bertempat di panai teluk senangin perak..family sebelah ayah yg terdiri drpd 3 generasi..opah,adik beradik ayah, sepupu dan anak2 sedare..semua nye berkumpul seawal 8 pg..family kitorang yg dr sungai buloh bertolak dr rumah kul 4 pg utk berkejar smpai di perak pukul 8 pg..n alhamdulillah smpat..antara yg plg awal smpai..family yg duduk kat perak sume dtg lmbt..eceehh..semangat gile family abas ni..huhu..dgn berpakaian hijau yg ditempah khas oleh sepupu kitorang selaku urusetia utk family day thn nih..kate nye thn ni ade transformasi..huahuahuaa...dr game smpai la ke bbq..mmg sume ade transformasi..congrats abg lan coz mnjayakan family day nih..bkn senang nk buat family day nih..kitorang dh merase ssh senang nye..hehehe..tp pemilihan tmpt je kurang bgus..eh..bkn kurang lg..tp sgt xbgus..adehh..geli je..toilet die sgt la kotor nyee..air dlm toilet pn air paya yg dipam terus ke dlm toilet..bile ckp air paya je korang tau la kan mcm mane..kaler kuning ditambah pule dgn bau nye yg busuk dan rase nye yg masam..uwaaaa...sgt terseksa..tp bak kate pak lang..sume ni nostalgia buat mereka adik beradik sbb org dulu2 pn mcm ni jgk..andak pulak ckp cabaran utk bdk2 mude skang..bg merase sket mcm mane org dulu2 hidup..ye la pakcik2 ku..kami sudah insaf!!hahaha...tp mmg enjoy la..game pn best..antara game2 nye adalah dagu bertelur,humming lagu, masukkan air dlm botol (group ayah main tipu...ini tidak adilll!!), ambil jelly gune chopstick (group kami plg berjaya)hahaa..buat baju melayu gune surat khabar(group kami juge menang)..lelaki bertocang..dan byk lg..mlm tu ade bbq..pak utih yg sponsored ikan keli 10 kg n 20 ekor ikan patin n 7 ekor ayam..kami berbbq abis-abisan pd mlm tuh..mcm2 gosip..gelak ketawe..ye la..bkn slalu dpt berkumpul satu family mcm tuh..mmg seronok sangaatt...ade satu game tu namenye telefon pecah..org first kene pas ape yg di bace ke org seterusnye..plg klaka group abangah yg mmbuat strategy yg cukup tak bgus..die letak bdk kecik org yg first..mane la bdk kecik bley ingat 16 ayat..hahahaa..ayat nye adelah "kuku kaki kakak ku kene cagu lalu..."..n ayat yg bdk tu pas adalah "burung kakak tua hinggap dipipiku"..hahhha..lawak gile..n group die mmg dpt no. last..takpe..tahun depan cube lg..ahakss..n esok pg nye mandi laut n buat meeting utk pemilihan urusetia thun depan(kami bersyukur kerane tidak terpilih supaye dpt main lg thn depan tidak lg mnjadi juri..haha) dan jwatan tersebut diserahkan kepade family pak lang..good luck ye pak lang..buat game best2 sket thn depan..ehehee..semoga family day akan terus diadakan bg mengeratkan lgi hubungan antara kita..insyaAllah..


psstt..berikut adelah serba sedikit gmbr utk tatapan semua..

cuti..result..sem bru..lecturer yg xbest????


hye dear..

dh berhabuk dh blog nih...lame xmenulis dlm blog nih sbb agak sibuk dgn byk activity n program mase cuti lepas..aku sempat bercuti hanye 7 hari saje selepas final exam ari tuh..mase cuti tu sibuk pulak buat preparation untuk family day pd 18 n 19 april lepas di pantai telok senangin perak....hehe..then blk dr family day blk ke uia terchenta utk buat preparation ke fasilitator program pulak..still kat perak..cume tempat yg berbeza..ahakss..2 hari before pegi program result utk final dh kuar..jeng..jeng..jeng..agak menurun tp sy sgt puas ati sbb ingat kan dpt lg teruk dr tuh..hehe..mase jwb exam rase mcm nk nangis sbb xtau lngsung nk jwb..hahaha..tp syukur alhamdulillah berkat doa mak ngan ayah..dpt jgk result yg mcm tu..nasib baik still 3 pointer..kalau x mati la nk jwb ngan ayah..huhu..blk dr prog. kat perak tuh..esoknye dh start class utk short sem..penat pn xabis lg..dh penat blaja pulak..adehh!!naseb baik amik 2 subjek je utk short sem nih..sciences of hadith n bahasa melayu utk kerjaya..class bm xde masalah sbb amik dgn lecturer yg dh kenal dan agak gile2 org nye yg suke sgt kaler kuning..die akan pakai bju serba kuning..bju..kasut..beg..tudung..brooch..tah la..dh mcm sami je..hahaha..sorry mdm..terlepas ckp..huhuu..yg problem nye skang ni ialah lecturer sciences of hadith..memule masuk class lecturer tu masuk..hmm..agak best lecturer ni..aku berkate2 dlm hati..next class..die xdtg..then..ari ni masuk class tetibe aku nmpak bygn lecturer yg aku xsuke berjalan menuju ke class aku..aik..xkan die ni salah class..huh..die pn duduk dgn confident nye kat depan n ckp die ganti lecturer kitorang yg dulu...uwaaaaaaaaaaa....geramnyee aku!!!dr dulu aku cube mngelak dr add class die..last2 dpt jugak!!siot....hmm..redha je la..dgn harapan aku bley lulus subjek nih...hahaha...target lulus je..xbley bla..huh!!nk buat camne kan..dh dpt die..hahahaaa....kay la..nk pegi mngisi perut yg dh berbunyi nih..nyum..nyum..jap lg smbung lg yee..